Thursday, April 10, 2014

Empat

..novel.
 

      Ya, itulah yang aku tengah buat sekarang. Cita-citanya ..fuh, terasa melampau sedikit untuk orang taraf aku niha. Mana tak melampau nak menulis cerpen pun semput ni pulak novel yang 500-600 muka surat tuh. Pergh, memang nak mencarik nahas.

              Banyak yang aku baca untuk menjalani proses mencipta sebuah fiksi ini(wah sasterawan lah pulak bunyik-nya ,heh). Dari cam mana nak tulis bab permulaan sampai kepada tema. dialog, dan semuanya yang sewaktu dengannya, yang paling beh.. tutup jer buku; "kacang jer nih" hati aku takabbur ini bercakap. Dah lah tu tangkap tidur pulak tu. Cam maner gitu...

          Lepas dua tahun (yep bukan ari semalam)aku baca 'writing ficition' dari Barnaby Conrad tu(yang aku curik dari libary) barulah aku serius untuk menulis satu novel ni. Idea campuran, cam semi-fiksi lah, adalah ceduk sikit-sikit dari pengalaman hidup aku.kemudian sampai 18 muka surat aku mula dah rasa lain macam, rasa mual-mual, loya yang teramat sangat, cam orang mengandung pulak. Gamaknya nyerlah kot, yalah-karya sulung ni beb.

          Pastu lampunya mula malap,  minyak macam nak habis pulak, sangkut kat muka surat 18 tuh. Kemarin baru sambung lagi 15 muka surat. Kalau dikira dari date yang aku target rase macam misi mustahil ala-ala Gaban jer. Tak tahulah, yang penting 'dia' dah jalan sikit. siap atau tidak aku kayuh jugak tapi tak bleh pelan-pelan dah..kena pakai gear tinggi dah..MESTI!!!

*tunggulah mana tahu nanti akan terbit satu novel aku tahun ni ..hehe

Friday, March 28, 2014

Tiga

“dah takdir nak buat cam mana”

    Itulah ayat yang paling banyak sekali orang guna bila itu ini jadi kat dlam hidup mereka. Tak salah. Cuma malas dan tak bertanggungjawab. Percayalah apapun yang terjadi di dalam hidup(walaupun telah ditetapkan-TAKDIR) adalah di sebabkan oleh kita sendiri.

        Beklah, apemenda yang aku merepek nih?  arituh aku dah janji untuk cerita tentang kerja aku. Okeh, pengawal keselamatan kerja yang tak glemer dan banyak cerita yang tak baik berkaitan dengannya dalam Negara kita ni. Kalau yang baik pun pakcik yang marah dek bini pemain bola tuh, adalah orang kesian kat dia.

                                                             



                                                   Kenapa aku pilih kerja ni?

            



Sebenarnya aku tak der pilihan sebab aku ni malas nak cari kerja yang lain dan jauhjauh. Bila pulak dapat yang dekat maka lagi senanglah aku. Shift malam pulak, lagilah  senang sikit. Tak payah nak mengadap dengan orang ramai. Maklumlah jadi reputasi konon, macamlah aku ni glemer sangat. Bila reality dah gigit kita semula hah, apalagi..melolong jawabnya. Melolong dalam hati je. Sebab..malu.

            Kerja ni takde yang best kecuali tak buat apaapa (basicaly  macam tulah). Tambah di Pejabat Pendidikan Daerah ni bukannya ade apaapa yang exciting sangat. Maka untuk sebulan pertama hampir nak gila juger melayan perasaan sorang diri. Nasib waras lagi. haha.. kalu tak memangg dah tak tulis dah kat sini.

        Apaapa pun isu itu hanya aku sahaja yang menjadi masalahnya bukannya orang lain. Sekarang aku sangat menghargai kerja ini atau mana-mana kerja (aku dah insaf untuk pandang sebelah mata kat apaapa kerja pun. Adalah beberapa kelebihan yang aku dapat dari kerja ni. Walaupun banyak orang tak pandang sangat uniform ni , aku faham, dah realitinya.

Untuk minggu depan? Tunggu…   

     

Tuesday, March 25, 2014

Dua

..hari ini , aku berjumpa atau lebih tepat bersemuka dengan seorang insan-yang pertama kali melihatkan kejujuran dan kelurusan yang melampau-dalam maksud yang paling baik-yang nak ambik SPM semula. Oh, lupa, aku ni kerja  Jaga, atau Pengawal Keselamatan di Pejabat Pendidikan Daerah tut(yang ni akan aku cerita lain masa kisohnya.)
    Suka aku tengok semangat yang ada pada dia. Aku suka berfikiran positif pada orang yang aku baru jumpa dalam apa-apa keadaan , adalah beberapa kali yang aku taklah positif sangat. Beselah kerja aku kan pun PK kenalah perati lebih sikit orang-orang, manalah tahukan..tapi apapun budak ni memang nampak jernih sikit berbanding 'mereka-mereka' yang lain(termasuk aku sendiri). Entah cam mana, aku terbayangkan bagaimana budak ini telah banyak kali ambik SPM untuk hanya masuk universiti. Akhirnya setelah banyak kali akhirnya dia berjaya. Aku juga membayangkan akan latar belakang dari keluarga yang susah(tipikal). Mungkin mak ayah dia buta, adik beradik ada lima orang dan dia seorang sahaja yang bekerja dan yang lain masih bersekolah.
    Memang tangkap sedihlah. Itu sebenarnya hanya untuk menyatakan betapa aku ini suka sangat berpikir yang bukan-bukan. Kekadang terlampau negatif. Untuk budak ni, walau mungkin aku hanya membayangkannya sahaja, aku nampak masa depan dia mungkin susah sikit. Itu hanya gerak rasa yang bukan-bukan aku ni.
      Sebut-sebut pasal masa depan yang gelap ni , teringat pulak pasal MH370, aku tak mahu bercerita banyak hanya nak ucap Takziah dan simpati kepada keluarga mereka yang terlibat. Payah nak cari perkataan yang sesuai untuk keadaan macam ni. Biarlah masa yang mengubat segala-galanya(ataupun tak).
      Macam yang aku dah tulih lepas, blog aku ni takda format atau tema yang khusus dan entri pun aku masukkan mengikut sesuainya masa kerja dan senang aku. Aku akan tulis sekerap yang mungkin.(harap-haraplah). Tajuknya pun AKU kan so ceritanya banyaklah pasal aku bukan pasal ENGKAU ya tak.
   Jelasnya kepada yang membaca harap-harap tulislah komen-membina, mengutuk ke-untuk aku lihat maklum balas. Kemudian tengoklah macam mana mungkin blog ni akan berkembang menjadi sesuatu yang bagus atau tidak.

    We'll see..
   

Wednesday, March 19, 2014

Satu

      Yep!! aku menulis di sini dengan satu lagi percubaan untuk tengok sapa yang kena. Haha..tak derlah, aku hanya ingin mencuba satu yang lain dari aku yang biasa.  Ya, aku ada blog yang lain, sangat lain. sampai bila aku nak menulis pun jadi beku. Sebabnya , kalau aku tulis style  macam ni memang lari habis. Karang ada orang jadi pelik.
 
     Nak melihat ke mana dan bagaimana Blog ini akan menyatu padukan apa yang ada di dalam AKU. Sesuatu yang perlu aku lakukan demi mencari suara yang jelas untuk diri aku. Perjalanannya nanti agak susah dan perit. Beselah mana ada benda yang senang. Kenalah bersusah sikit. Betulkan.

    Okeh, cadangan awalnya, blog ini akan menceritakan kisah-kisah aku yang lama dan baru dengan nada yang lebih bersahaja. Harap ia boleh menjadi suatu yang menghiburkan. Perlu diingatkan cerita cerita di dalam nya adalah semi fiksi , maksudnya dalamnya ada yang aku dah tambah dan ubah mengikut selera aku sendiri. Dalam kata lain ikut suka akulah.

     Ngapa lambat? Yalah bukan senang woi nak keluar dari comfort zone  ni wo.. Jadi , pikir punya pikir jadilah Blog ini.


    so ..coming soon kita tengok apa cer nyer nanti..