“dah takdir nak buat cam mana”
Itulah ayat yang
paling banyak sekali orang guna bila itu ini jadi kat dlam hidup mereka. Tak salah.
Cuma malas dan tak bertanggungjawab. Percayalah apapun yang terjadi di dalam
hidup(walaupun telah ditetapkan-TAKDIR) adalah di sebabkan oleh kita sendiri.
Beklah, apemenda yang aku merepek nih? arituh aku dah janji untuk cerita tentang
kerja aku. Okeh, pengawal keselamatan kerja yang tak glemer dan banyak cerita
yang tak baik berkaitan dengannya dalam Negara kita ni. Kalau yang baik pun
pakcik yang marah dek bini pemain bola tuh, adalah orang kesian kat dia.
Kenapa aku pilih kerja ni?
Sebenarnya
aku tak der pilihan sebab aku ni malas nak cari kerja yang lain dan jauhjauh. Bila
pulak dapat yang dekat maka lagi senanglah aku. Shift malam pulak, lagilah senang sikit. Tak payah nak mengadap dengan
orang ramai. Maklumlah jadi reputasi konon, macamlah aku ni glemer sangat. Bila
reality dah gigit kita semula hah, apalagi..melolong jawabnya. Melolong dalam
hati je. Sebab..malu.
Kerja ni
takde yang best kecuali tak buat apaapa (basicaly
macam tulah). Tambah di Pejabat
Pendidikan Daerah ni bukannya ade apaapa yang exciting sangat. Maka untuk sebulan pertama hampir nak gila juger
melayan perasaan sorang diri. Nasib waras lagi. haha.. kalu tak memangg dah tak
tulis dah kat sini.
Apaapa pun isu
itu hanya aku sahaja yang menjadi masalahnya bukannya orang lain. Sekarang aku
sangat menghargai kerja ini atau mana-mana kerja (aku dah insaf untuk pandang
sebelah mata kat apaapa kerja pun. Adalah beberapa kelebihan yang aku dapat dari kerja ni. Walaupun banyak orang
tak pandang sangat uniform ni , aku faham, dah realitinya.
Untuk minggu depan? Tunggu…

No comments:
Post a Comment