..hari ini , aku berjumpa atau lebih tepat bersemuka dengan seorang insan-yang pertama kali melihatkan kejujuran dan kelurusan yang melampau-dalam maksud yang paling baik-yang nak ambik SPM semula. Oh, lupa, aku ni kerja Jaga, atau Pengawal Keselamatan di Pejabat Pendidikan Daerah tut(yang ni akan aku cerita lain masa kisohnya.)
Suka aku tengok semangat yang ada pada dia. Aku suka berfikiran positif pada orang yang aku baru jumpa dalam apa-apa keadaan , adalah beberapa kali yang aku taklah positif sangat. Beselah kerja aku kan pun PK kenalah perati lebih sikit orang-orang, manalah tahukan..tapi apapun budak ni memang nampak jernih sikit berbanding 'mereka-mereka' yang lain(termasuk aku sendiri). Entah cam mana, aku terbayangkan bagaimana budak ini telah banyak kali ambik SPM untuk hanya masuk universiti. Akhirnya setelah banyak kali akhirnya dia berjaya. Aku juga membayangkan akan latar belakang dari keluarga yang susah(tipikal). Mungkin mak ayah dia buta, adik beradik ada lima orang dan dia seorang sahaja yang bekerja dan yang lain masih bersekolah.
Memang tangkap sedihlah. Itu sebenarnya hanya untuk menyatakan betapa aku ini suka sangat berpikir yang bukan-bukan. Kekadang terlampau negatif. Untuk budak ni, walau mungkin aku hanya membayangkannya sahaja, aku nampak masa depan dia mungkin susah sikit. Itu hanya gerak rasa yang bukan-bukan aku ni.
Sebut-sebut pasal masa depan yang gelap ni , teringat pulak pasal MH370, aku tak mahu bercerita banyak hanya nak ucap Takziah dan simpati kepada keluarga mereka yang terlibat. Payah nak cari perkataan yang sesuai untuk keadaan macam ni. Biarlah masa yang mengubat segala-galanya(ataupun tak).
Macam yang aku dah tulih lepas, blog aku ni takda format atau tema yang khusus dan entri pun aku masukkan mengikut sesuainya masa kerja dan senang aku. Aku akan tulis sekerap yang mungkin.(harap-haraplah). Tajuknya pun AKU kan so ceritanya banyaklah pasal aku bukan pasal ENGKAU ya tak.
Jelasnya kepada yang membaca harap-harap tulislah komen-membina, mengutuk ke-untuk aku lihat maklum balas. Kemudian tengoklah macam mana mungkin blog ni akan berkembang menjadi sesuatu yang bagus atau tidak.
We'll see..
No comments:
Post a Comment